Tuesday, 7 June 2011

Muhammad Suffian Princess Charming .

Assalamualaikum semua , harap korang semua sihat sejahtera . Entry kali ni menceritakan tntang Princess Charming Muhammad Suffian , oke la , kita teruskan . Dia seorang yang hebat bagi gua bub dia ada personaliti yang mmg sedap ditengok . Dia take care gua , jaga gua , sayang gua , mesti korang nk tgk rupa dya kan . oke la gua tunjuk sama korang....LAYANNNNN.....
gamba kat atas uh la Princess Charming gua , smpai bila2 gua sayang sama dia . Nama sebenar dia ialah Tan Siew Bee , manja dgn pngilan Bee . Gua special cket , gua pnggil dya Mama , dya pulak pnggil gua Papa , dia sebenarnya cina . Tp sebijik mcm melayu . cara dia text nan gua. Terbaik la. Wlaupon kami berbeza dari segi umur , agama , dan byk lg . Cinta kami tetap Kukuh . 
Mama , i love you till my last breath , i need you to survive in this world , Papa cintakan mama .........
Tarikh Bersama - 6/6/2011

                                                                                                   
                                                                                                                daripada Pian,
                                                                                                                                 


Thursday, 2 June 2011

Our Pancho Photo Unveiled ♥


Hey , Assalamualaikum , korang semua sehad ? haha , okeoke , ini photo budak pancho Grouped , direka khas oleh Pian(Abg Lang) . x la susah sgt , tp AGAK LAYAN la tgk photo ni , 
THANK YOU................ 

Wednesday, 25 May 2011

Opening Post (Hikayat Budak Pancho) ♥

Ehem2 , Assalamualaikum kawan-kawan , di sini ingin kami ceritakan tentang Budak Pancho satu per satu , kita mula dengan budak ni......

Aiman a.k.a Abang Long

Hehe , nama sebenarnya Ahmad Aiman Khan , memegang pangkat Abang Long disebabkan lahir pada tanggal 8-Februari-1994. Panggilan Abang Long memang sesuai dengannya kerana sifat semulajadi yg penyayang. Abang Long memang selalu support dan memberi nasihat kepada kitaorang. Tp kelemahannya apabila dia ditimpa masalah, dia lebih suka menyendiri dan terus menimbulkan persoalan kepada kami semua. Abang Long boleh dikatakan lawak tetapi SAMAR-SAMAR lawaknya. Walaubagaimanapun , dia tetap ABANG LONG BUDAK PANCHO.


Seterusnya, kita beralih ke Budak Pancho yang memegang pangkat Abang Ngah. Dalam group kami , terdapat dua orang yang memegang pangkat Abang Ngah. Agak pelik tapi itulah realitinya(Bukan Kembar ye).

Ott a.k.a Abang Ngah 1st

 Muhammad Azriefitrie ataupun lebih dikenali dengan nama manjanya sebagai Abang Ngah 1. Dikenali sebagai Abang Ngah kerana dilahirkan pada 5 March 1994(di sebelah pagi). Seorang yang cool dan relaks. Abang Ngah seorang yang prihatin terhadap masalah kami semua. Dia seorang yang agak caring. Seperti semua orang , Abang Ngah mempunyai kelemahan tersendiri iaitu tidak suka menceritakan masalah yang ditimpanya mahupun peribadi atau umum. Tapi dia tetap the Best.

SETERUSNYA ,

Botak a.k.a Abang Ngah 2nd

Inilah dia Abang Ngah kedua kami , Amir Farhan . Dilahirkan pada tanggal 5 March 1994 (di sebelah petang). Dia seorang yang terlalu+terlampau cool. Abang Ngah 2 mempunyai kelebihan senyum walaupun tiada benda yang menarik. hehe . Itulah abang ngah kami ni. Tapi Abang Ngah memang mudah mesra dengan orang yang baru dikenalinya. Dia ni suka buat benda yang agak kurang pandai(bodoh) seperti bunuh binatang yang tidak berdosa. Banyak Cerita pelik yang dimiliki dia. Tapi dia tetap mantop di hati kitorang.


oke, sekarang kita beralih ke budak yang seterusnya. . . . .


Pian a.k.a Alang

Untuk maklumat korang, Alang atau nama sebenar Muhammad Suffian lahir pada 2 June 1994. Panggilan Alang memang sesuai dengan orangnya. Alang merupakan penghibur dalam group Budak Pancho, dengan lawak spontan dan selamber dia mengelikan perut kitorang. Alang juga mempunyai keistimewaan dalam menyelesaikan masalah dari pelbagai sudut. Tetap macho walaupun dalam keadaan marah, sedih mahupun gembira. Dan kepada sesiapa yg merasai masakan Alang, sudah semestinya tak cukup sepinggan mahu sekuali. Cayelaa, hehe . Terbaik dari ladang.


Oke sekarang jom kita check it out dengan budak sorang ni. . . .


Alan a.k.a Abang Chick


Orite, berbalik ke penceritaan kita tadi.. Erm Mohd. Ammar Shazwan atau lebih dikenali dengan panggilan Abang Chick. Dilahirkan pada 2 July 1994 bersamaan 23 Muharram 1415 Hijrah. hehe. Abang Chick mempunyai personaliti yg tersendiri yg menarik dan sukar diramal pada perkara-perkara yg dilakukan. Sesiapa yg tidak mengenali Abang Chick memang rugi la kan kerana sikap lemah lembut dan budi baik yg dimiliki Abang Chick memang "high class". Pada masa yg sama, Abang Chick juga cenderung dalam bidang muzik, dengan guitarnya yg selalu di usung sana kemari, tidak hairan lah menjadi penghibur kami pada masa lapang. so tak ada la rasa boring sangat.


Ending of the intro, ni lah Abang Ucu kami. . . .


Dani a.k.a Abang Ucu


Haa kat mana tadi? ouh ok, ni lah adex Ucu kitorang. Nama tinggi Muhammad Ardani, nama rendah just panggil Abang Ucu. hehe. Dilahirkan pada 11 Ogos1994. Korang semua kalau terserampak dengan kitorang mesti takkan caye ni adex kecil Budak Pancho tapi itulah realitinya. Abang ucu memang terkenal dengan percakapan yg susah hendak mengalah, dia amat berpegang teguh akan pendiriannya. Biasalah, seorang yg lebih menahu berbanding abang-abangnya. Abang Ucu juga mempunyai sifat yg sukar dikawal apabila dia naik baran, habis semua benda dicampaknya dan breakdance silat gayong nanti keluar. Abang ucu amat mengenali sikap abang-abangnya tetapi tidak mengenali akan sikap dirinya sendiri. Itulah Ucu kitorang.